Pages

Thursday, June 9, 2016

tone excel, tune talk, motivasi perniagaan tone excel

MOTIVASI PERNIAGAAN TONE EXCEL, MENCAPAI SESUATU DENGAN CARA YANG PALING TIDAK POPULAR. 


Jika anda ingin mencapai sesuatu, kebiasaannya terdapat 2 cara yang sering orang lain lakukan. 

Pertama, cara yang cukup popular iaitu dengan cuba memotivasikan diri tetapi hasilnya ialah indah khabar dari rupa. Ramai yang cuba memotivasikan diri dengan melihat income orang itu puluhan ribu, income orang itu ratusan ribu. Kita pun mula mencuba bersungguh-sungguh dan akhirnya, bila kita tidak berjaya mencapainya, kita akan tinggalkan impian kita tadi. Kita mula membentuk pemikiran yang "aku memang tak boleh capai". Dia bolehlah, dia bijak, aku tak boleh". 

Cara kedua, cara yang paling tidak popular, tetapi hasilnya amat-amat berbaloi adalah dengan meletakkan disiplin dalam diri. 

Pertama anda harus tahu apakah anda benar-benar ingin mencapai sesuatu dalam hidup anda. 

Kedua, buat perancangan untuk mencapai dengan meletakkan target. Pecahkan target tersebut kepada aktiviti tahunan, bulanan, mingguan malah harian.

Ketiga, letakkan disiplin untuk melaksanakan aktiviti yang anda telah target untuk dicapai. Hanya disiplin diatas tindakan yang berterusan akan membawa anda kepada impian yang ingin anda capai. Selebihnya hanyalah angan-angan kosong yang dibuai oleh motivasi luaran.

Jadi, kuncinya adalah DISIPLIN, DISIPLIN dan DISIPLIN.

Oleh itu, buatlah keputusan dan lihat perubahan pada hidup anda nanti. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakkan orang lain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu.


Untuk mengetahui cara menjadi ahli Tone Excel, sila klik di bawah ini. 




"TEAM WORK MAKE THE DREAM WORK".


No comments:

Post a Comment