5 LANGKAH MEMBINA MINDA JUTAWAN
Pernahkah anda fikirkan, apakah sebenarnya didalam minda seorang jutawan? Apakah persediaan minda yang dilakukan untuk menjadi seorang yang berjaya?
Pernahkah anda mendengar cerita tentang seorang yang tiba-tiba mendapat durian runtuh tetapi, tidak lama selepas itu segala yang dimiliki hilang entah kemana?
Tulisan saya kali ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan keatas orang-orang yang berjaya, tidak kira jutawan, ahli sukan, personaliti atau ahli politik. Teknik yang sering dugunakan dalam menguasai minda digelar Neuro Linguistic Programming atau singkatanya NLP. Artikel ini menyentuh satu cara menguasai minda yang sering digunakan dalam mempersedia dan mencapai apa sahaja kejayaan.
Fikiran manusia adalah sesuatu yang kompleks dimana ia dikatakan manusia belum lagi menggunakan kuasa minda sepenuhnya. Minda manusia adalah sesuatu yang amat canggih sehingga tiada komputer di dunia dapat berfungsi seperti minda manusia. Persoalannya, bagaimana caranya menggunakan kuasa minda untuk berjaya? Berikut adalah 5 langkah untuk membangunkan minda jutawan.
Langkah 1: Penuhkan fikiran anda dengan apa yang anda mahukan.
Ia dikatakan bahawa seseorang itu akan menjadi apa yang difikirkannya pada kebanyakkan masa. Apa yang anda sering fikirkan? Usahawan yang berjaya sering memenuhi mindanya dengan kejayaan berurusniaga. Ahli sukan yang berjaya sering memenuhi mindanya dengan gambaran memenangi pingat.
Seorang ahli sukan popular, Lance Armstrong pernah menghidap penyakit barah yang amat serius sehingga para doktor menganggap beliau tidak dapat meneruskan hidup. Lance bukan sahaja membuktikan beliau pulih dari barah, tetapi dengan menggunakan teknik memenuhi fikiran dengan gambaran kejayaan dalam bidang lumba basikal, Lance kemudiannya memenangi pertandingan basikal yang paling sukar sekali, iaitu Tour de France sebanyak 7 kali.
Dengan memenuhi minda anda dengan apa yang anda mahu, ianya akan menjadi sebahagian dari minda separuh sedar anda sehingga minda anda sendiri akan mendorong anda mencapai apa jua kejayaan.
Langkah 2: Sebut Dengan Jelas
Sebut dan luahkan secara verbal dengan jelas apa yang ada diminda anda. Ini adalah kerana, dengan menyebut minda akan berfungsi dengan lebih sempurna. Teknik ini digelar teknik affirmation. Teknik ini merupakan kata-kata yang membantu dalam membangunkan diri sendiri. Affirmation yang paling popular digunakan ialah "In every day and every way I am getting better and better" atau dalam bahasa melayunya "Setiap hari dan setiap cara saya menjadi insan yang semakin baik".
Langkah 3: Bayangkan anda berjaya mendapat apa yang anda inginkan.
Dalam minda, anda perlu membayangkan masa hadapan dimana dapat melihat bahawa anda telah mencapai kejayaan tersebut. Sekiranya anda inginkan kemewahan, bayangkan dalam 10 tahun lagi apa yang anda telah capai, mungkin rumah banglo bersama swimming pool dan 3 buah kereta mewah. Lebih jelas anda menggambarkan bahawa anda berjaya mendapat apa yang anda ingini maka lebih hebat minda anda berfungsi untuk mencapai cita-cita tersebut. Bayangkan suasana, warna, cuaca dan sebagainya dengan jelas.
Lebih lama anda menyimpan gambaran ini didalam minda anda, lebih hebat effect nya kepada anda. Simpan gambaran itu 1 minit, 5 minit dan sebagainya. Kekerapan anda menggambarkan ini juga membantu, dimana sekiranya anda lebih kerap membayangkan setiap hari maka ia akan mudah menjadi untuk anda.
Langkah 4: Masukkan emosi.
Manusia adalah insan yang beremosi. Emosi digunakan untuk membakar semanggat anda dalam mencapai apa sahaja kejayaan. Dalam memikirkan apa yang anda mahu, affirmation dan juga membayangkan anda mencapainya. Masukkan unsur-unsur emosi didalam kesemuanya.
Menurut Abraham Maslow, emosi adalah asas utama yang membentuk hireraki keperluan Maslow. Bayangkan anda gembira, keluarga anda gembira, teman-teman anda mengucapkan tahniah, seluruh suasana di sekeliling anda yang gembira dengan pencapaian anda. Disamping itu, luahkan dengan penuh semanggat dan emosi oleh kerana ianya akan membantu anda. Emosi dalam setiap langkah ini bagaikan membakar motivasi anda.
Langkah 5: Percaya dan yakin ini terjadi.
Setelah anda penuhkan fikiran, sebutkan dengan jelas, bayangkan anda berjaya bersama emosikan pencapaian anda, langkah akhir adalah percaya dan yakin anda akan berjaya. Kesemuanya tidak akan berguna sekiranya anda tidak percaya dan yakin.
Untuk mengetahui cara menjadi ahli Tone Excel, sila klik di bawah ini.
"TEAM WORK MAKE THE DREAM WORK".